Pages

Wednesday, 8 May 2013

Lakonan Hanez Suraya mula di terima peminat



Apa yang dilalui pelakon Hanez Suraya kini sangat indah. Berbanding penampilan awalnya dulu yang dipenuhi kontroversi peribadi, dia kini mampu tersenyum lebar apabila lakonannya mula diterima peminat selepas wataknya sebagai Emylia dalam drama Sedetik Cinta menerusi slot Akasia di TV3 mula diminati ramai.

Lebih daripada itu. tuah Hanez turut membantu melariskan produk kecantikan Aura White GlutaCollagen yang men jadikannya sebagai duta hing­ga dalam tempoh empat bulan, produk ini menduduki carta terlaris dan menjadi bualan ra­mai. Mungkin segala-galanya berlaku secara kebetulan, na­mun ia membuahkan kegembiraan dan kesyukuran tidak terhingga buat pelakon dengan nama sebenar Hanez Suraya Abd Aziz yang berusia 28 tahun ini.

"Syukur kerana peminat sudah nampak bakat sebenar saya. Dulu asyik-asyik cerita kontroversi yang diperkatakan. Dari situ, saya buat pembaha-ruan dengan meningkatkan kualiti lakonan dan nampaknya ia diterima.

"Alhamdulillah, rezeki saya mencurah-curah pula datang sekarang. Begitu juga tawaran sebagai duta produk ini kera­na niat saya untuk membantu Bumiputera. Tak sangka ia bo­leh meletup sehinggakan ada rakan-rakan artis dan kru pro-duksi turut menjualnya.

"Saya berterima kasih kepa­da pengasasnya, Feena Azmir atau Nana yang memberi ke-percayaan kepada saya sebagai duta. Ini adalah kejayaan bersa-ma dan bukannya terjadi kera­na saya semata-mata," katanya pada Majlis Pelancaran & Ra-mah Mesra AuraWhite Beauty Team Bersama Hanez Suraya Di Hotel Palace Of Golden Horses baru-baru ini.

Biarpun namanya menjadi sebutan sekarang, Hanez tidak pernah berasa selesa. Menu-rutnya setiap masa dia belajar mendalami ilmu lakonan agar dirinya mampu membawakan pelbagai watak. Tidak semestinya dia hanya tampil membawakan watak cantik kerana sebagai pelakon dia perlu berani mengambil ca-baran dan menterjcmahkannya supaya berkesan di hati pemi­nat.

"Mungkin orang nampak saya suka tampil dengan ka-rakter sama dan di sinilah per­lu nya kesedaran untuk cepat-cepat berubah supaya peminat tak bosan. Terbaru saya tampil dengan drama bersiri komedi berjudul Kerana Putera Idaman.

'Saya bawakan watak Elana yang terlalu obses dengan Lady Gaga. Bayangkan saya per­lu dimekapkan sepertinya. Ini pengalaman pertama saya buat drama komedi kerana sebelum-nya asyik dengan kisah cinta." katanya.
Dalam drama ini juga, dia turut membawakan watak lain sebagai Mimi, gadis kampung yang bersopan santun. Di sini­lah perlunya kebijaksanaan Ha­nez untuk menghayati karakter supaya tidak terkeliru dengan watak nya.

"Kekasih saya. Awi Rafael pun suka jika saya tampil de­ngan pembaharuan. Dia tidak mahu saya statik pada satu-satu tempat serta berlakon wa­tak sama.Sekurang-kurangnya dengan pembaharuan ini, pe­minat dapat buat perbandingan mengenai lakonan saya sebe-lum ini dan sekarang," katanya.

Pada majlis berkenaan, Awi turut dijemput menghi-burkan hadirin menerusi dua lagu. Timbul persoalan apakah Hanez mempengaruhi penga sas Aura White Beauty supaya mengambil kekasihnya bersa­ma dalam majlis ini?
"Bukan begitu, Nana me mang mahu Awi menyanyi kerana kebetulan dia peminat Awi. Katanya, nyanyian Awi berbeza dengan artis lain yang ada. Saya bukan letakkan syarat atau buat pakej untuk Awi turut serta dalam majlis ini.
"Kami bekerja secara profe-sional dan saling hormat meng-hormati antara satu sama lain. Sebenarnya kami pun jarang berjumpa kerana masing-ma-sing sibuk dengan karier sendi-ri. Dalam majlis beginilah baru kami berpeluang berjumpa," katanya.

Kebetulan sudah bertemu Awi, dia tidak lepas diajukan soalan mengenai kekasihnya ini terutamanya membabitkan adegan intim dengan pelakon lelaki seperti dengan Awal As-haari dalam Sedetik Cinta.
Bagaimanapun menurut jc-jaka ini, dia tidak perlu cem­buru kerana ini semuanya lakonan. Namun dia tetap me-mantau pergerakan Hanez ke­rana perlu menjaga banyak hati terutama keluarga kedua-dua belah pihak.

"Tak dinafikan saya ada juga tegur Hanez apabila tengok gaya pakaian dan penampilannya yang keterlaluan. Saya cakap padanya saya minta maaf ter-paksa buat begini kerana perlu menjawab kepada keluarga dia dan keluarganya sendiri apabila ditanya.

"Mengenai sikap cemburu itu. memanglah ada kerana ka­lau tiada perasaan ini bukan na­manya cinta. Tapi apapun saya lega kerana Hanez tahu menjaga batasnya ketika berlakon," ka­tanya yang kini berlakon dra­ma pertama berjudul Masih Di Awan sempena Hari Guru.

No comments:

Post a Comment