Lakonan Hanez Suraya mula di terima peminat
Apa yang dilalui pelakon Hanez Suraya kini sangat
indah. Berbanding penampilan awalnya dulu yang dipenuhi kontroversi peribadi,
dia kini mampu tersenyum lebar apabila lakonannya mula diterima peminat selepas
wataknya sebagai Emylia dalam drama Sedetik Cinta menerusi slot Akasia di TV3
mula diminati ramai.
Lebih daripada itu. tuah Hanez turut membantu melariskan produk
kecantikan Aura White GlutaCollagen yang men jadikannya sebagai duta hingga
dalam tempoh empat bulan, produk ini menduduki carta terlaris dan menjadi
bualan ramai. Mungkin segala-galanya berlaku secara kebetulan, namun ia
membuahkan kegembiraan dan kesyukuran tidak terhingga buat pelakon dengan nama
sebenar Hanez Suraya Abd Aziz yang berusia 28 tahun ini.
"Syukur kerana peminat sudah nampak bakat sebenar saya. Dulu
asyik-asyik cerita kontroversi yang diperkatakan. Dari situ, saya buat
pembaha-ruan dengan meningkatkan kualiti lakonan dan nampaknya ia diterima.
"Alhamdulillah, rezeki
saya mencurah-curah pula datang sekarang. Begitu juga tawaran sebagai duta
produk ini kerana niat saya untuk membantu Bumiputera. Tak sangka ia boleh
meletup sehinggakan ada rakan-rakan artis dan kru pro-duksi turut menjualnya.
"Saya berterima kasih kepada pengasasnya, Feena
Azmir atau Nana yang memberi ke-percayaan kepada saya sebagai duta. Ini adalah
kejayaan bersa-ma dan bukannya terjadi kerana saya semata-mata," katanya
pada Majlis Pelancaran & Ra-mah Mesra AuraWhite Beauty Team Bersama Hanez
Suraya Di Hotel Palace Of Golden Horses baru-baru ini.
Biarpun namanya menjadi sebutan sekarang, Hanez tidak pernah berasa
selesa. Menu-rutnya setiap masa dia belajar mendalami ilmu lakonan agar dirinya
mampu membawakan pelbagai watak. Tidak semestinya dia hanya tampil membawakan
watak cantik kerana sebagai pelakon dia perlu berani mengambil ca-baran dan
menterjcmahkannya supaya berkesan di hati peminat.
"Mungkin orang nampak saya
suka tampil dengan ka-rakter sama dan di sinilah perlu nya kesedaran untuk
cepat-cepat berubah supaya peminat tak bosan. Terbaru saya tampil dengan drama
bersiri komedi berjudul Kerana Putera Idaman.
'Saya bawakan watak Elana yang
terlalu obses dengan Lady Gaga. Bayangkan saya perlu dimekapkan sepertinya.
Ini pengalaman pertama saya buat drama komedi kerana sebelum-nya asyik dengan
kisah cinta." katanya.
Dalam drama ini juga, dia turut membawakan watak lain
sebagai Mimi, gadis kampung yang bersopan santun. Di sinilah perlunya
kebijaksanaan Hanez untuk menghayati karakter supaya tidak terkeliru dengan
watak nya.
"Kekasih saya. Awi Rafael pun suka jika saya
tampil dengan pembaharuan. Dia tidak mahu saya statik pada satu-satu tempat
serta berlakon watak sama.Sekurang-kurangnya dengan pembaharuan ini, peminat dapat
buat perbandingan mengenai lakonan saya sebe-lum ini dan sekarang,"
katanya.
Pada majlis berkenaan, Awi turut dijemput menghi-burkan hadirin menerusi
dua lagu. Timbul persoalan apakah Hanez mempengaruhi penga sas Aura White
Beauty supaya mengambil kekasihnya bersama dalam majlis ini?
"Bukan begitu, Nana me mang mahu Awi menyanyi
kerana kebetulan dia peminat Awi. Katanya, nyanyian Awi berbeza dengan artis
lain yang ada. Saya bukan letakkan syarat atau buat pakej untuk Awi turut serta
dalam majlis ini.
"Kami bekerja secara profe-sional dan saling
hormat meng-hormati antara satu sama lain. Sebenarnya kami pun jarang berjumpa
kerana masing-ma-sing sibuk dengan karier sendi-ri. Dalam majlis beginilah baru
kami berpeluang berjumpa," katanya.
Kebetulan sudah bertemu Awi, dia tidak lepas diajukan
soalan mengenai kekasihnya ini terutamanya membabitkan adegan intim dengan
pelakon lelaki seperti dengan Awal As-haari dalam Sedetik Cinta.
Bagaimanapun menurut jc-jaka
ini, dia tidak perlu cemburu kerana ini semuanya lakonan. Namun dia tetap
me-mantau pergerakan Hanez kerana perlu menjaga banyak hati terutama keluarga
kedua-dua belah pihak.
"Tak dinafikan saya ada
juga tegur Hanez apabila tengok gaya pakaian dan penampilannya yang
keterlaluan. Saya cakap padanya saya minta maaf ter-paksa buat begini kerana
perlu menjawab kepada keluarga dia dan keluarganya sendiri apabila ditanya.
"Mengenai
sikap cemburu itu. memanglah ada kerana kalau tiada perasaan ini bukan namanya
cinta. Tapi apapun saya lega kerana Hanez tahu menjaga batasnya ketika
berlakon," katanya yang kini berlakon drama pertama berjudul Masih Di
Awan sempena Hari Guru.


No comments:
Post a Comment