Pages

Saturday, 11 May 2013

Neelofa secantik ibunya



Neelofa yang maksudnya cahaya bunga biru adalah sepotong nama yang cukup indah lagi sepadan buat gadis secantik Lofa. Nama itu, secara peribadi adalah pilihan ibunya.
“Saya ada kenalan keluarga berbangsa Pakistan di Kelantan. Mereka ada anak perempuan dan semuanya cantik-cantik belaka. Salah seorang daripada anak kenalan saya itu namanya Neelofa.
“Apabila mendengar namanya, saya terus terdetik jika bayi dalam kandungan saya ini anak perempuan dan kebetulan saya mangandungkan Lofa waktu itu, saya mahu namakannya Neelofa,” kata ibunya.

Wednesday, 8 May 2013

Lakonan Hanez Suraya mula di terima peminat



Apa yang dilalui pelakon Hanez Suraya kini sangat indah. Berbanding penampilan awalnya dulu yang dipenuhi kontroversi peribadi, dia kini mampu tersenyum lebar apabila lakonannya mula diterima peminat selepas wataknya sebagai Emylia dalam drama Sedetik Cinta menerusi slot Akasia di TV3 mula diminati ramai.

Lebih daripada itu. tuah Hanez turut membantu melariskan produk kecantikan Aura White GlutaCollagen yang men jadikannya sebagai duta hing­ga dalam tempoh empat bulan, produk ini menduduki carta terlaris dan menjadi bualan ra­mai. Mungkin segala-galanya berlaku secara kebetulan, na­mun ia membuahkan kegembiraan dan kesyukuran tidak terhingga buat pelakon dengan nama sebenar Hanez Suraya Abd Aziz yang berusia 28 tahun ini.

"Syukur kerana peminat sudah nampak bakat sebenar saya. Dulu asyik-asyik cerita kontroversi yang diperkatakan. Dari situ, saya buat pembaha-ruan dengan meningkatkan kualiti lakonan dan nampaknya ia diterima.

"Alhamdulillah, rezeki saya mencurah-curah pula datang sekarang. Begitu juga tawaran sebagai duta produk ini kera­na niat saya untuk membantu Bumiputera. Tak sangka ia bo­leh meletup sehinggakan ada rakan-rakan artis dan kru pro-duksi turut menjualnya.

"Saya berterima kasih kepa­da pengasasnya, Feena Azmir atau Nana yang memberi ke-percayaan kepada saya sebagai duta. Ini adalah kejayaan bersa-ma dan bukannya terjadi kera­na saya semata-mata," katanya pada Majlis Pelancaran & Ra-mah Mesra AuraWhite Beauty Team Bersama Hanez Suraya Di Hotel Palace Of Golden Horses baru-baru ini.

Biarpun namanya menjadi sebutan sekarang, Hanez tidak pernah berasa selesa. Menu-rutnya setiap masa dia belajar mendalami ilmu lakonan agar dirinya mampu membawakan pelbagai watak. Tidak semestinya dia hanya tampil membawakan watak cantik kerana sebagai pelakon dia perlu berani mengambil ca-baran dan menterjcmahkannya supaya berkesan di hati pemi­nat.

"Mungkin orang nampak saya suka tampil dengan ka-rakter sama dan di sinilah per­lu nya kesedaran untuk cepat-cepat berubah supaya peminat tak bosan. Terbaru saya tampil dengan drama bersiri komedi berjudul Kerana Putera Idaman.

'Saya bawakan watak Elana yang terlalu obses dengan Lady Gaga. Bayangkan saya per­lu dimekapkan sepertinya. Ini pengalaman pertama saya buat drama komedi kerana sebelum-nya asyik dengan kisah cinta." katanya.
Dalam drama ini juga, dia turut membawakan watak lain sebagai Mimi, gadis kampung yang bersopan santun. Di sini­lah perlunya kebijaksanaan Ha­nez untuk menghayati karakter supaya tidak terkeliru dengan watak nya.

"Kekasih saya. Awi Rafael pun suka jika saya tampil de­ngan pembaharuan. Dia tidak mahu saya statik pada satu-satu tempat serta berlakon wa­tak sama.Sekurang-kurangnya dengan pembaharuan ini, pe­minat dapat buat perbandingan mengenai lakonan saya sebe-lum ini dan sekarang," katanya.

Pada majlis berkenaan, Awi turut dijemput menghi-burkan hadirin menerusi dua lagu. Timbul persoalan apakah Hanez mempengaruhi penga sas Aura White Beauty supaya mengambil kekasihnya bersa­ma dalam majlis ini?
"Bukan begitu, Nana me mang mahu Awi menyanyi kerana kebetulan dia peminat Awi. Katanya, nyanyian Awi berbeza dengan artis lain yang ada. Saya bukan letakkan syarat atau buat pakej untuk Awi turut serta dalam majlis ini.
"Kami bekerja secara profe-sional dan saling hormat meng-hormati antara satu sama lain. Sebenarnya kami pun jarang berjumpa kerana masing-ma-sing sibuk dengan karier sendi-ri. Dalam majlis beginilah baru kami berpeluang berjumpa," katanya.

Kebetulan sudah bertemu Awi, dia tidak lepas diajukan soalan mengenai kekasihnya ini terutamanya membabitkan adegan intim dengan pelakon lelaki seperti dengan Awal As-haari dalam Sedetik Cinta.
Bagaimanapun menurut jc-jaka ini, dia tidak perlu cem­buru kerana ini semuanya lakonan. Namun dia tetap me-mantau pergerakan Hanez ke­rana perlu menjaga banyak hati terutama keluarga kedua-dua belah pihak.

"Tak dinafikan saya ada juga tegur Hanez apabila tengok gaya pakaian dan penampilannya yang keterlaluan. Saya cakap padanya saya minta maaf ter-paksa buat begini kerana perlu menjawab kepada keluarga dia dan keluarganya sendiri apabila ditanya.

"Mengenai sikap cemburu itu. memanglah ada kerana ka­lau tiada perasaan ini bukan na­manya cinta. Tapi apapun saya lega kerana Hanez tahu menjaga batasnya ketika berlakon," ka­tanya yang kini berlakon dra­ma pertama berjudul Masih Di Awan sempena Hari Guru.

Mira Amnas manja dan menggoda


Mira Amnas pelakon siri drama Suffiyah (Astro Prima) dan Cinta Bukan Dusta (RTM).

Johan sama iguana


Tak geli ke Johan benda alah tu dok atas bahu..

Hazama Aku Mahu Dia


Saat aku kenali dia
Hati ini selalu gundah
Selalu ingin dekati
Dan ingin menghampiri dia

Aku mahu dia milik aku
Ku harap semua pun tahu
Bahagia terasa bila
Ku melihat senyumannya

Eina Azman


Pelakon Remaja Popular Eina Azman.

Aima Hakim pelakon lelaki baru


Pelakon Baru Lelaki Popular Aiman Hakim.

Hanez Suraya impi pakai hijab


Jika mimpi itu boleh dipilih, Hanez mahu bermimpi tentang apa?

Hanez: ke arah kebaikan, yang membolehkan saya berhijab..

Nora Danish Mencari Cinta



Nora Danish di Tayangan Perdana Filem Mencari Cinta, 11 April 2013 Cathy Cineplex e@Curve

Anis Al Idrus masih baru dalam industri hiburan


Pelakon dalam beberapa buah drama seperti 'Walit Walid', 'Hilangnya Dosa Seorang Ibu dan Bila Esok.

Zizan Razak sambut hari jadi


Zizan sambut harijadi ke-29 pada 15 April lalu...

Kris Diyanti dan suami bergegas pulang


Kris Diyanti pulang awal selepas acara AIFFA 2013.

Zizan minta maaf kalau buat salah


"Tipu kalau saya katakan semuanya sempurna, kerana ada juga masalah yang timbul daripada pihak lain begitu juga dengan saya. Kalau saya salah, saya minta maaf. Kita boleh perbaiki hal itu kerana saya juga manusia biasa."

Putra Rayfal Ramli permata hati Fash Sandra



Nur Fasha Sandra kini menikmati kebahagian sebagai ibu setelah selamat melahirkan bayi lelaki melalui kaedah pembedahan pada 15 April yang lalu di Hospital Prince Court, Kuala Lumpur.

Tuesday, 7 May 2013

Shah Iskandar pelakon Kiah Spy


Kacak, menggoda dan seksi gitu....Shah Iskandar pelakon siri drama Kiah Spy (Astro Warna) dan Teduhan Kasih (TV3).

Miera Leyana pelakon Apokalips


Manja dan ceria selalu. Miera Leyana pelakon filem Apokalips dan Pencinta.

Wawa Zainal pelakon 99 Kali Rindu


Cun, hot dan berbakat. Wawa Zainal pelakon filem 99 Kali Rindu dan Kisah Paling Gangster.